Thursday, 30 October 2014

PERSONAL COACHING SAHAM (ONE TO ONE)




Kepada yang berminat untuk perkhidmatan ini boleh hubungi azue88@gmail.com atau ditalian 012-9150010
  1. Personal coaching asas saham & saham IPO (saham terbitan awal) ~ 3 jam. Percuma CD pengenalan asas saham & saham IPO
  2. Personal coaching advance trading (bagaimana membuat urusniaga saham dalam jangkamasa singkat dan sederhana) ~ 1 hari (Sabtu atau Ahad) & 1 hari waktu dagangan Bursa Malaysia.
  3. Penceramah untuk pusat pengajian tinggi atau Universiti (percuma).

Monday, 27 October 2014

KURSUS ASAS SAHAM DAN SAHAM IPO

THE NOMAD SUCASA
JALAN AMPANG, KUALA LUMPUR
1 NOV 2014
9.30 am - 1.00 tghr

Sila layari jom saham untuk tempahan dan maklumat lanjut

Monday, 13 October 2014

SIAPA YANG PERLU HADIR KURSUS INI?

Sesiapa sahaja layak hadir kursus ini samada anda tidak mempunyai asas langsung (zero knowledge) atau telah pun membuat urusniaga saham atau ingin membetulkan kesilapan yang telah dibuat semasa urusniaga saham terdahulu.

  • Surirumah yang ingin membuat pelaburan saham sebagai mengisi masa lapang dan ingin membuat 'extra income'.
  • Pelajar Universiti yang ingin merasakan dunia saham sebenar.
  • Pesara yang ingin menjadikan pelaburan saham sebagai aktiviti sampingan dan ingin menambahkan wang simpanan.
  • Yang telah melabur tetapi masih ingin mempelajari teknik2 berkesan semasa trading.
  • Sesiapa sahaja yang ingin menjadikan pelaburan saham ini sebagai 1 pelaburan alternatif.
Kursus ini akan dapat mengurangkan atau membetulkan kesilapan pelabur semasa trading dan akan menerangkan sikap2 pelabur (investors' attitude) yang perlu ada atau tidak pada seseorang pelabur agar anda akan menjadi diantara pelabur2 bijak.

Sila email azue88@gmail.com atau hubungi talian 012-9150010 untuk pertanyaan lanjut. 

SIAPA KATA MELABUR SAHAM ITU MERUGIKAN?


Melabur saham sama sahaja seperti melabur didalam lain-lain bentuk pelaburan seperti hartanah mahupun emas tetapi perlulah memperlengkapkan diri dahulu dengan ilmu-ilmu pelaburan saham sebelum membeli saham buat pertama kalinya. Walau apapun keadaan, anda tidak perlu ragu-ragu untuk memasuki pasaran saham jika anda tahu teknik serta menggunakan analisa teknikal dan fundamental. Tidak perlu tercari-cari tips saham dan tidak perlu mendengar cakap-cakap orang. Anda sendirilah yang menentukan keputusan jual dan beli persis seorang pengurus dana. 


Jom pelajari ilmu-ilmu pelaburan untuk memperlengkapkan diri menjadi pelabur generasi baru yang bijak, profesional, cemerlang dan disegani. Anda akan dibimbing oleh tenaga pengajar yang profesional lagi berpengalaman didalam selok-belok pasaran saham.


Dunia semakin mencabar dan segala yang ada memerlukan wang. Maka dimanakah untuk mendapatkan wang tambahan? Jawapannya ialah pada pelaburan saham Bursa Malaysia. Hanya bayar sekali tetapi ganjaran dan hasilnya akan diperolehi selama-lamanya. Fikir-fikirkanlah......


Sunday, 23 March 2014

KESALAHAN2 YG DIBUAT SEMASA URUSNIAGA SAHAM

  1. Membeli saham terlalu banyak. Ini akan membuatkan seseorang pelabur tidak dapat menumpukan perhatian kepada saham2 tersebut. Keadaan akan menjadi teruk apabila tiba2 pasaran serantau merudum dimana pelabur menjadi panik dan tidak dapat meneliti harga saham2 yang telah dibeli.
  2. Memasuki pasaran setiap hari, tidak kira waktu. Ini ialah kerana, pasaran saham mempunyai masa2 tertentu yang sesuai untuk melabur.
  3. Sentiasa melihat pergerakan harga sepanjang masa. Ini ialah kerana, kadang2 pelabur menjadi takut sekiranya tiba2 saham yang dibeli itu jatuh lalu pelabur mengambil keputusan untuk menjual dalam keadaan rugi tetapi selepas beberapa ketika, harga akan pulih atau naik. Keadaan ini bolehlah diistilahkan sebagai PANIK.
  4. Membeli sesuatu saham berulang-ulangkali. Ini terjadi apabila pelabur telah mendapat keuntungan pada urusniaga pertama dan kedua kali maka pelabur tersebut akan membeli saham yang sama berulangkali.
  5. Melakukan 'averaging down' beberapa kali semasa saham tersebut mengalami fasa penurunan.
  6. Suka mengamalkan cara membeli saham secara 'chasing the price' iaitu mengejar harga saham itu apabila ingin membeli dengan anggapan bahawa saham tersebut akan naik walaupun membeli dengan harga yang tinggi. 
  7. Tidak tahu untuk berhenti seketika dari membuat pelaburan dan menikmati keuntungan pelaburan yang telah dibuat kerana pelabur telah membuat perkiraan sendiri alangkah baiknya sekiranya membuat keuntungan pelaburan setiap hari.
  8. Membuat pelaburan saham dengan wang yang bukan berlebihan atau menggunakan wang dari pinjaman bank. Cara ini sebenarnya boleh dilakukan tetapi pelabur tersebut perlu mempunyai disiplin yang tinggi, mempunyai pengetahuan pelaburan yang baik dan mengambil keputusan yang cepat semasa jual beli saham.
  9. Pelabur membuat pelaburan yang dia sendiri tidak tahu atau kurang pengetahuan terhadap saham tersebut. Contohnya, membeli 'call warrant' atau 'warrant' yang hampir tarikh luput/matang. 

Tuesday, 3 December 2013

CTH PROSPEKTUS SAHAM TERBITAN AWAL BURSA MALAYSIA (IPO)

Kaedah permohonan saham IPO :

  • Permohonan secara manual iaitu dengan mengisi borang.
  • Permohonan secara on line.
  • Permohonan melalui peruntukan saham khas Bumiputera diMITI.
    **Anda akan dibantu memohon melanggan saham khas Bumiputera diMITI dan begitu juga pinjaman yang diperlukan untuk membiayai langganan saham IPO  tersebut. (tertakluk kepada terma2 dan syarat syarikat kewangan atau bank pelaburan).

PLATFORM ON LINE TRADING

CTH KAUNTER 'LIMIT UP'

HARVEST
HIBISCS

SCOREBOARD

KAUNTER2 UNTUNG


KAUNTER2 RUGI


CTH2 CALL WARRANTS

PCHEM call warrants
AIRASIA call warrants

CTH KAUNTER 'LIMIT DOWN'